Ramai orang muda hari ini mula sedar betapa pentingnya credit score. Skor kredit yang baik boleh mudahkan kita mohon pinjaman rumah, kereta, malah kad kredit dengan kadar faedah lebih rendah. Tapi pada masa sama, ramai juga yang takut nak guna kad kredit atau pelan “bayar kemudian” sebab risau terjebak dengan riba.
Jadi macam mana nak bina credit score, tapi kekal patuh prinsip kewangan Islam?
Cara paling selamat ialah gunakan pendekatan ini:
Buka akaun simpanan khas → Simpan duit yang jumlahnya sama dengan limit kredit atau PayLater.
Contoh: Jika limit PayLater RM1,000, pastikan anda ada RM1,000 standby dalam simpanan.
Guna PayLater seperti biasa → Bayar bil, beli barang, atau langgan perkhidmatan.
Andai relapsed (tak mampu kawal belanja) → terus guna simpanan khas tadi untuk bayar penuh baki outstanding.
Tutup akaun PayLater tersebut kalau rasa tak boleh kawal diri.
Kaedah ini buatkan anda takkan terjerat hutang berpanjangan. Anda bina credit history tanpa risiko riba yang melampau.
Kadar caj: 1.5% sebulan (≈ 18% p.a.)
Jenis: Buy Now Pay Later & instalment (hingga 12 bulan).
Risiko:
Jika terlewat bayar → akaun dibekukan + caj lewat RM10.
Caj tetap setiap bulan, sama ada anda bayar awal atau tidak.
Kadar caj (EIR p.a.):
1 bulan: 0%
3 bulan: 26.8%
6 bulan: 30.23%
9 bulan: 31.32%
12 bulan: 31.72%
Kelebihan:
Ada opsyen 0% untuk 1 bulan → sesuai untuk bina rekod kredit tanpa bayar faedah.
Bank (Ryt Bank) berdaftar, dilindungi PIDM.
Transaksi ini dilaporkan kepada biro kredit → bantu naikkan credit score.
Ada pilihan 0% → Boleh guna 1 bulan PayLater untuk bayar bil atau belanja bulanan, kemudian settle penuh tanpa faedah.
Rekod kredit konsisten → Setiap pembayaran tepat masa dilaporkan ke CCRIS/CTOS, naikkan skor kredit anda.
Kawalan lebih selamat → Sebab anda boleh treat ia seperti kad kredit mini dengan had kecil, tak terlalu membebankan.
Ada ganjaran tambahan → Cashback, reward, dan kadar simpanan tinggi (hingga 4% p.a.) → lebih berbaloi daripada SPayLater.
Bina credit score tak semestinya kena terjebak dengan hutang riba. Dengan strategi simpanan khas seiring limit kredit, anda boleh guna PayLater sebagai alat kewangan yang sihat.
SPayLater sesuai kalau nak fleksibiliti, tapi caj 1.5% sebulan agak tinggi.
Ryt PayLater lebih mesra untuk bina credit score sebab ada opsyen 0% sebulan + rekod terus masuk dalam sistem kredit.
Jadi, kalau matlamat anda adalah naikkan credit score dengan selamat, Ryt PayLater adalah pilihan yang lebih bijak.
💳 Dengan Ryt Bank Digital, kau boleh mula bina semula credit score kau – perlahan-lahan tapi pasti.
✅ Limit sehingga RM1499
✅ Bayaran fleksibel ikut kemampuan
✅ Tak perlu risau kena reject awal-awal
📲 Cuba Ryt PayLater sekarang – peluang kedua untuk kewangan yang lebih sihat!