Cuba lah amalkan dalam kehidupan ini untuk lebih memberi agar orang tahu kehendak kita untuk berikan yang terbaik. Bukan nak menunjuk, tapi orang sendiri yang rasai kepuasan itu.
Sekali mereka dah dapat layanan yang terbaik daripada kita, adalah pelik untuk dia kembali cari kita untuk ulang jadi pelanggan tetap, tidak bukan?
Maka, berkira dengan pelanggan ni kalau boleh buang jauh jauh.
Melalui pengalaman badr sendiri, bila pelanggan nak mengurut sejam setengah, badr hanya ambil syarat sahaja buat alarm. Hakikatnya, kalau dah lepas masa tu pun, badr tetap akan urut sampai settle satu badan.
Dah mindset untuk tak nak berkira dengan pelanggan. Rasa ralat lah, bila dah habis masa terus nak gopoh-gopoh atau ubah tempo bila masa dah habis? Memang itu bukan cara aku.
Pelanggan dah bayar aku mahal, biar dorang puas dengan perkhidmatan yang badr bagi. Sebab badr tahu badr caj mereka bukan murah. Sengaja badr kenakan harga tinggi biar dorang letak expectation tinggi juga. Secara tak langsung badr dah tapis pelanggan yang betul cari urut yang berkualiti. Bukan sekadar ala kadar.
Badr sedar akan ada saingan yang wujud dan hal ini akan bangkitkan rasa tak puas hati mereka (mungkin) wallahuaklam. Badr tak kisah pun semua tu sebab rezeki masing - masing. Yang tak tahan, bila orang tak suka cara seseorang tu, mudah buat sesuatu tanpa fikir panjang asalkan dapat jatuhkan persaingan. Cuba belajar untuk bersaing secara sihat. Berdaya saing. Bukan menyerah kalah dengan kemalasan dan ego untuk berubah. Jangan sentiasa rasa diri betul dan relevan selagi mana diri tak nak keluar daripada zon selesa dan berubah jadi lebih baik dari semasa ke semasa.
Jadi, badr sedar bila mana tak berkira masa dengan pelanggan ni, mereka hargai cara badr. Ya memang dorang minta sejam lebih, dah cara kita nak beli jiwa mereka, apa salahnya bagi lebih sikit. Bukannya ada client nak mengurut selepas ini atau ada hal mustahak.
Cuba letak diri dalam posisi pelanggan, kita ni menyimpan duit semata nak manjakan diri dengan tukang urut sorang ni. Alih-alih dia buat lebih kurang, rushing kejar masa, kasar, buat ikut suka, tak layan kita baik baik dan sebagainya. Rasa-rasa kita hangin tak dengan tukang urut macam tu? Nak marah lah kan sebab kita dah bayar dia dengan duit simpanan kita menabung untuk dapatkan service yang baik.
Sebab tu badr letak harga tinggi berbanding market. Nak jaga kualiti dan tahu yang badr boleh bagi service yang setara dengan harga itu, insya Allah.
Kalau tak puas hati, bagi tahu dengan badr apa yang kurang atau terlebih tu sehingga kau tak nk repeat mengurut dengan badr dah.
Badr kalau boleh nak je pecut, posting di sosial media, fikir masak masak juga ni. Tuju-tuju dan free marketing di FB dan Telegram group pun dh cukup buat badr cari makan, alhamdulillah. Bukan tak nak perluaskan empayar sedia ada, cuma fikir nak santai santai je. Jaga kolam yang dah ada. Insya Allah, yang tahu ni, nak cuba mengurut dengan badr, boleh booking slot mengurut ya. > booking urut dengan badr
Alhamdulillah, puas hati rasa bila client puji urutan badr tak laju kejar masa. Reti cari urat, tekanan bersesuaian dengan kehendak dia.. Ya Allah aku rasa bahagia sebab dapat berikan kepuasan pada clients aku. Over ke? Tak kan.
Kalau kauorang masih sangsi dan mencari pengalaman urut yang luar biasa, cubalah ambil slot urutan satu badan 2 jam dan batin dengan badr. RM280 je. 3 jam kauorang dengan badr, kita kasi tenang fikiran, dan kendurkan segala urut yang tegang tu. Insya Allah, badr cuba ikhtiar sebaik mungkin.
Ni special price nak bagi, khas buat pembaca yang berjaya baca sampai habis hehe. RM280 kita kasi RM250 je. Janji korang bagi feedback lepas urut ea. Jujur je. Badr nak kasi the best experience buat kauorang, insya Allah. Grab the deals.